Posts

KURIKULUM KEBANGSAAN..

Image
 

APA ITU KONSEP DAN PENGERTIAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH???

 

KONSEP DAN PENGERTIAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH..

Image
 Isi - isi penting yang akan dikupas dalam tajuk ini..

PENGENALAN

Image
PENGENALAN : Sekolah merupakan sebuah institusi yang diamanahkan oleh masyarakat untuk melahirkan insan yang berpekerti mulia, berpandangan futuristik serta sedia menjunjung aspirasi negara. Bagi membentuk insan seperi ini, pembelajaran hendaklah dirancang agar pengalaman yang berfaedah dapat dinikmati oleh setiap murid. Perancangan yang teliti perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perancangan ini akan mengambil kira jenis aktiviti dan isi pelajaran yang patut dilalui oleh murid-murid agar mencapai objektif-objektif yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan kata lain, sesuatu kurikulum hendaklah disediakan dengan rapi agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang. 1.1 Pengurusan Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Menurut Kliebard (1982) kurikulum pada dasar nya berasal daripada perkataan „ curerre‟  yang merupakan perkataan Latin membawa maksud jejak, laluan atau

JENIS - JENIS KOKURIKULUM :

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), jenis kurikulum terdiri daripada kurikulum idea, kurikulum rasmi atau nyata, kurikulum formal, kurikulum tak formal atau tersembunyi dan ko-kurikulum. a) Kurikulum Ideal Kurikulum ideal ialah satu kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu pendidikan. Ia mengandungi komponen seperti; matlamat dan tujuan kurikulum sukatan pelajaran dan huraiannya bahan-bahan pelajaran termasuk buku panduan guru, sistem pelaksanaan dan penilaian kurikulum Kurikulum ideal biasanya digunakan untuk membentuk kurikulum rasmi b) Kurikulum Rasmi/Kurikulum Nyata Kurikulum rasmi juga dikenali sebagai kurikulum nyata. Denis Lawton (1975) dalam buku Kamaruddin & Siti Hajar (2004) menyatakan bahawa kurikulum nyata atau kurikulum tersurat merupakan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Ia  mematuhi peraturan, jadual waktu dan kegiatan kokurikulum yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kurikulum nyata melibatkan segala bentuk a

OBJEKTIF KOKURIKULUM :

Kurikulum yang telah dirancang untuk pelajar-palajar di sekolah mempunyai objektif. Antara objektif-objektif yang utama ialah; Berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berhasrat membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis analitis, kreatif, inovatif  serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar. Bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan untuk  membolehkan pembelajaran maksimum tercapai. Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Geografi dan sebagainya. Berhasrat menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif. Berhasrat menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan  berketerampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Berhasrat melahirkan insan y

KEDUDUKAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH (PAK-21)

Image
Disini disertakan beberapa contoh pelan susunan kerusi dan meja di dalam kelas PAK-21.. Berdasarkan contoh pelan susunan meja dan kerusi diatas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa PAK-21 ini merupakan pembelajaran yang berpusatkan pada pelajar yang mana susunan kerusi dan meja ini direka khas bagi menggalakkan berlakunya perbincangan sesame pelajar. Selain itu, susunan kerusi dan meja serta papan putih adalah sangat efisien yang mana dapat membantu meningkatkan fokus pelajar semasa proses PDP berjalan. Kesimpulannya, Pihak sekolah dan guru-guru boleh menjadikan PAK-21 ini sebagai alat untuk mencapai hasrat FPK iaitu membangunkan murid seimbang dan sejahtera. KEDUDUKAN 1 : KEDUDUKAN 2 : KEDUDUKAN 3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Menurut Dr. Ragbi Kaur (2005) terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu susun atur persekitaran fizikal bilik darjah, sosial dan emosi. (i) Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Seseorang guru itu perlu mengamb

Perbandingan Pengurusan Kurikulum Dan Kurikulum Bilik Darjah

Image
Di sekolah pengurusan kurikulum dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pelajar pula, pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka di sekolah. Empat aspek penting dalam pengurusan kurikulum dan bilik darjah iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Aspek Pengurusan Kurikulum bilik darjah   Perancangan           - Menetapkan visi dan misi kurikulum - Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum - Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum - Menentukan jenis mata pelajaran elektif - Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajara

CIRI-CIRI GURU ABAD KE 21 :

Image
Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja di era ini, kebanyakan dari kita memang tidak lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kemahiran abad ke-21 ini. Persekolahan kini harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Bagi perkembangan individu dalam ekonomi digital, pelajar-pelajar memerlukan kemahiran abad digital. Perubahan pendidikan selari dengan abad ke-21 adalah penting untuk menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan dunia di luar bilik darjah. Terdapat empat jenis kemahiran yang diberi tumpuan iaitu literasi digital (literasi maklumat), pemikiran kreativiti,  kemahiran berfikir secara kompleks dan komunikasi interaktif. Jelas bahawa kebanyakan kemahiran ab

CIRI-CIRI PELAJAR YANG DIHASRATKAN PADA ABAD KE 21

Image
Ciri-Ciri Pelajar Yang Dihasratkan Pada Abad Ke-21 :   Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan bersaing dan akan sentiasa ke belakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.   Pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan pada pelajar abad ke-21 ini. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi. Semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu  mobility  (bergerak) seperti telefon pintar,  connectivity  (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti  Facebook  dan  Twitter , enjin carian seperti

AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Image
Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ini adalah salah satu kemahiran utama dalam Kemahiran Abad Ke-21 yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk berjaya dalam abad yang mencabar ini. AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 :

Teori Pembelajaran Kurikulum Abad Ke-21

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam perlaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21. Pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran komputer yang akan digunakan secara meluas. Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah

KEKANGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Image
Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun terdapat juga beberapa kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau  multiple-intelligence  yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan yang penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan ak