CIRI-CIRI PELAJAR YANG DIHASRATKAN PADA ABAD KE 21

Ciri-Ciri Pelajar Yang Dihasratkan Pada Abad Ke-21 :




 

Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan bersaing dan akan sentiasa ke belakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.

 




Pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan pada pelajar abad ke-21 ini. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi. Semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan Youtube.

Masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat negara dapat dicapai. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali. Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Untuk merangsang daya kreativiti pelajar, sistem pendidikan di negara ini perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan pelajar. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi tempat di mana pelajar-pelajar dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang melalui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta pelajar untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah.

Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan dari segi perlakuan, sikap dan paradigma agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketerampilan. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan. Satu daripadanya ialah konsep „belajar sepanjang hayat‟ perlu menjadi amal budaya dan setiap pelajar perlu menguasai „belajar cara belajar‟ iaitu dari segi;

  1. belajar untuk mengetahui (learning to know)
  2. belajar untuk membuat (learning to do)
  3. belajar untuk menjadi insan sempurna (learning to be)
  4. belajar untuk hidup bersama (learning to live together)


Selain itu, teknologi dapat mempermudah tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

 

Comments