Perbandingan Pengurusan Kurikulum Dan Kurikulum Bilik Darjah
Di sekolah pengurusan kurikulum dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pelajar pula, pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka di sekolah. Empat aspek penting dalam pengurusan kurikulum dan bilik darjah iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.
Aspek | Pengurusan | Kurikulum bilik darjah |
Perancangan
| - Menetapkan visi dan misi kurikulum - Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum - Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum - Menentukan jenis mata pelajaran elektif - Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran - Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi - Sebagai pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan - Membudayakan ilmu | - Apa yang hendak diajar (rancangan pelajaran) - Aktiviti pembelajaran murid - Keperluan dan perkembangan individu - Merancang kemajuan pelajar - Penggunaan masa (semester/penggal) - Penilaian/ujian/tugasan pelajar - Pengayaan dan diagnosis - Kurikulum mata pelajaran - Kerja rumah dan latihan |
Pelaksanaan | - Melaksana kegiatan pembelajaran - Melaksanakan kegiatan penilaian pelajar harian dan bulanan - Menyusun dan melaksanakan program pengayaan dan baik pulih - Melaksanakan kegiatan membimbing guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran - Melaksanakan program pengajaran | Melaksanakan apa yang telah dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran - Membuat target pengajaran/ pembelajaran - Merealisasikan matlamat dan objektif yang ingin dicapai (jangka pendek/jangka panjang) - Mendemonstrasikan kecekapan dan kemahiran pengajaran guru - Melaksanakan jadual kerja dan tugas-tugas yang dilakukan |
Pemantauan
| -Pemantauan oleh pentadbir terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah - Fokus utama pemantauan ialah seperti; · kaedah · teknik · cara pengajaran · pembelajaran pelajar · isi pengajaran · ilmu yang disampaikan · kejelasan suara · penggunaan alat bantu · mengajar · kawalan bilik darjah · pelajar memahami apa · yang disampaikan serta mendapat kemahiran daripada pengajaran guru. | -Memantau kerja-kerja pelajar dan menentukan kemajuan mereka - Membimbing, mengajar dan memberi tunjuk ajar - Menentukan standard dan hasil yang ingin dicapai - Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pelajaran - Mewujudkan konsep mentoring dalam sistem dan organisasi pembelajaran di bilik darjah - Mendorong kemajuan pelajar - Membina keyakinan diri dan harga diri |
Penilaian | -Menilai keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran - Merancang, mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan - Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item ujian - Pembinaan item dan skema pemarkahan - Menyediakan bank soalan - Menentukan peperiksaan dalaman dan awam - Menilai pencapaian murid - Menentukan strategi peningkatan pencapaian akademik | -Membentuk strategi mendapatkan maklum balas keberkesanan pengajaran, pembelajaran di bilik darjah, pencapaian pelajar, reaksi dan respon pelajar terhadap stail, cara dan kualiti guru melalui ujian dan peperiksaan - Menggunakan situasi pembangunan dan maklum balas sebagai asas menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melakukan pemerhatian bilik darjah dengan cara pelajar membuat latihan - Menilai setakat mana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan. |
Pengurusan kurikulum dan kurikulum bilik darjah hendaklah dijadikan oleh pengetua dan guru besar sebagai agenda utama dalam aktiviti hariannya di sekolah. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Keperluan mendapatkan maklumat peningkatan pencapaian akademik pelajar dan aktiviti pemantauan kepada pengajaran guru perlu diberi keutamaan oleh pengetua dan guru besar dalam melaksanakan tugas hariannya. Dengan adanya maklumat dan data yang lengkap akan memudahkan pengetua dan guru besar merancang, melaksana dan menilai program serta aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar. Ini akan membolehkan mereka menjadi pengurus kurikulum berkesan yang dikagumi oleh semua guru dan pelajar.
Comments
Post a Comment