KEDUDUKAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH (PAK-21)

Disini disertakan beberapa contoh pelan susunan kerusi dan meja di dalam kelas PAK-21..

Berdasarkan contoh pelan susunan meja dan kerusi diatas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa PAK-21 ini merupakan pembelajaran yang berpusatkan pada pelajar yang mana susunan kerusi dan meja ini direka khas bagi menggalakkan berlakunya perbincangan sesame pelajar. Selain itu, susunan kerusi dan meja serta papan putih adalah sangat efisien yang mana dapat membantu meningkatkan fokus pelajar semasa proses PDP berjalan. Kesimpulannya, Pihak sekolah dan guru-guru boleh menjadikan PAK-21 ini sebagai alat untuk mencapai hasrat FPK iaitu membangunkan murid seimbang dan sejahtera.


KEDUDUKAN 1 :



KEDUDUKAN 2 :



KEDUDUKAN 3 :


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah


Menurut Dr. Ragbi Kaur (2005) terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu susun atur persekitaran fizikal bilik darjah, sosial dan emosi.


(i) Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Seseorang guru itu perlu mengambil kira faktor-faktor berikut dalam merancang persekitaran fizikal untuk melicinkan lagi pengurusan bilik darjahnya iaitu dari segi corak duduk pelajar. Corak duduk pelajar-pelajar akan menentukan interaksi mereka dengan rakan sebaya. Corak duduk pelajar yang ditetapkan oleh guru dapat menghalang masalah disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mesti memastikan bahawa sekolah menyediakan peralatan seperti kerusi, meja dan loker untuk menyimpan barang-barang pelajar yang secukupnya. Tujuan menyediakan peralatan yang secukupnya adalah untuk membina satu iklim bilik darjah yang kondusif untuk semua pelajar. Selain itu, guru mesti memastikan terdapat ruang bekerja yang secukupnya untuk beliau membuat semua tugasannya dengan selesa dan tanpa sebarang gangguan. Fungsi susun atur bilik darjah yang diurus secara sistematik dan ruang kerja guru yang selesa adalah penting menentukan kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), bilik darjah yang baik mempunyai peralatan asas seperti papan hitam, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan pelajar, almari yang dihiasi dengan bahan-bahan bacaan, bahan bantuan mengajar dan peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan. Pelajar mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang pelajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Di samping itu, papan kenyataan juga haruslah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada pelajar dan guru untuk berada lebih lama kerana berasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri. Ini akan mewujudkan perasaan saling bekerjasama, kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

(ii) Sosial

Dalam proses pengurusan bilik darjah yang baik, guru juga mesti menggalakkan perkembangan sosial pelajar-pelajarnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih serta semua pelajar di dalam kelas harus dilayan secara saksama. Beliau juga mesti mengajar murid-muridnya untuk tolong- menolong dan saling-menghormati di antara satu sama lain dalam mengekalkan peraturan- peraturan kelas. Bagi meningkatkan lagi pengurusan bilik darjahnya, guru mesti berkongsi sumber serta idea-idea pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru lain di sekolahnya. Guru juga mesti rasa bangga dengan kelas dan pelajar-pelajar yang beliau mengajar di sekolah.

(iii) Emosi

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), guru perlu mengurus emosi pelajar dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri. Mereka perlu belajar menerima hakikat terhadap diri, orang lain dan semula jadi secara seadanya. Emosi yang stabil membolehkan perlajar mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Pelajar yang stabil emosinya juga akan mempunyai minat yang mendalam, disenangi kawan karib, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka dan yang paling utama mereka boleh menanggung konflik yang berlaku di dalam bilik darjah.

Emosi pelajar perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Perubahan emosi juga akan membawa perubahan sikap yang akan memberi impak kepada pembelajaran. Emosi yang diurus dengan berkesan akan membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dan sebaliknya jika tidak diurus dengan sempurna akan menyebabkan mereka berasa putus asa yang akan menjejaskan prestasi.

Dalam menguruskan emosi pelajar, hubungan yang positif antara guru dan pelajar haruslah dibina terlebih dahulu. Untuk itu guru mestilah mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengokong pelajar. Guru juga perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid. Pengajaran pula haruslah lebih kepada menggunakan pendekatan secara asertif dan berpusatkan pelajar.

Sehubungan itu, Dr. Ragbi Kaur (2005), mengatakan guru yang mempunyai corak kepimpinan yang demokratik mesti pandai menguruskan bilik darjahnya dengan membentuk satu suasana sosio-emosi yang kondusif dalam bilik darjah. Melalui kepimpinannya, guru perlu menyediakan satu suasana bilik darjah yang selesa untuk menarik minat pelajar-pelajarnya untuk belajar. Selain itu, guru mesti peka dengan tugasan-tugasan yang beliau berikan kepada pelajar- pelajarnya. Beliau mesti memastikan yang orientasi setiap tugasan yang diberikan ialah kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan pelajar-pelajarnya. Guru yang pandai mengurus bilik darjah dengan baik harus memastikan bilik darjah beliau merupakan satu tempat sibuk yang penuh dengan aktiviti supaya dapat merangsang pelbagai deria pelajar. Selain itu, guru mesti menentukan terdapat eksplorasi intelektual yang optima untuk pelajar-pelajarnya dalam bilik darjah. Beliau dapat melakukan ini dengan menyediakan buku-buku yang mengandungi aktiviti pengayaan dan menggunakan pelbagai jenis motivasi yang dapat menggerakkan pelajar untuk membuat semua tugasan mereka pada tahap maksima.

Comments