OBJEKTIF KOKURIKULUM :
Kurikulum yang telah dirancang untuk pelajar-palajar di sekolah mempunyai objektif. Antara objektif-objektif yang utama ialah;
Berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Berhasrat membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar.
Bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu.
Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan untuk membolehkan pembelajaran maksimum tercapai.
Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis matapelajaran seperti Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah,Geografi dan sebagainya.
Berhasrat menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif.
Berhasrat menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Berhasrat melahirkan insan yang beragama, mempunyai kemantapan jiwa dan bersedia untuk berbakti.
Bertujuan melahirkan individu-individu yang memahami serta menghayati cara hidup berdemokrasi.
Bertujuan memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka.
Comments
Post a Comment