Teori Pembelajaran Kurikulum Abad Ke-21
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam perlaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21. Pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran komputer yang akan digunakan secara meluas. Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam bilik darjah. Guru berperanan sebagai fasilitator pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membantu dan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu telah dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktik untuk memudah cara dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai. Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan komputer sebagai komponen utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pelajar. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan peralatan seperti perkakasan perisian dan rangkaian internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.
Pembelajaran masteri melibatkan pelajar menunjukkan penguasaan bahan-bahan tertinggi sebelum mereka meneruskan dengan bahan-bahan yang baru. Dua elemen penting yang melibatkan strategi pengajaran ialah konsep yang dibetulkan (corrective), tindak balas pengayaan (enriching) dan kesepaduan komponen-komponen pengajaran. Pembelajaran masteri telah diaplikasikan secara meluas di sekolah. Penyelidikan menunjukkan ia boleh memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pengajaran (Block, Efthim & Burns, 1989; Slavin, 1987).
Selain itu, kaedah pengajaran yang melibatkan konsep kolaboratif adalah sangat efektif untuk mendapatkan pengetahuan. Oleh sebab itu jika pengajaran adalah untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, maka pembelajaran kolaboratif adalah lebih berfaedah dan bersesuaian. Pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila ia berbentuk satu kumpulan. Pelajar berkumpul bersama-sama untuk menjelajahi satu persoalan atau isu yang signifikan atau membangunkan sesuatu projek.
Pendekatan pengajaran berasaskan projek (project based learning) pula berfokus kepada tugasan amali secara sistematik dan terancang yang diberikan kepada pelajar secara individu atau kumpulan dan perlu disiapkan dalam jangka masa tertentu. Pembelajaran ini adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk daya mencipta, kreativiti dan pemikiran kompleks pelajar abad ke-21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran sejarah dan sains misalnya, boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif di mana pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan pelajar menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Pendidikan yang diberikan harus meningkatkan pengetahuan dan kreativiti pelajar dan pada masa yang sama membolehkan pelajar berfikir, menaakul, membuat keputusan yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan dan melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.
Comments
Post a Comment