RUMUSAN DARI TOPIK 1 :

RUMUSAN :

Pendidikan yang berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang tinggi, mulia, daya ketahanan yang kukuh dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pedidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha generasi alaf baru. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Di dalam bilik darjah, pusat kuasa mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat dari pelbagai. Ini kerana mereka juga mempelajari kandungan matapelajaran yang telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga adalah seperti guru berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan kurikulum bilik darjah dengan mengambil berat terhadap aspek- aspek kandungan kurikulum pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan selaras dengan pembaharuan semasa.

Comments

Popular posts from this blog

KEDUDUKAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH (PAK-21)