Disini disertakan beberapa contoh pelan susunan kerusi dan meja di dalam kelas PAK-21.. Berdasarkan contoh pelan susunan meja dan kerusi diatas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa PAK-21 ini merupakan pembelajaran yang berpusatkan pada pelajar yang mana susunan kerusi dan meja ini direka khas bagi menggalakkan berlakunya perbincangan sesame pelajar. Selain itu, susunan kerusi dan meja serta papan putih adalah sangat efisien yang mana dapat membantu meningkatkan fokus pelajar semasa proses PDP berjalan. Kesimpulannya, Pihak sekolah dan guru-guru boleh menjadikan PAK-21 ini sebagai alat untuk mencapai hasrat FPK iaitu membangunkan murid seimbang dan sejahtera. KEDUDUKAN 1 : KEDUDUKAN 2 : KEDUDUKAN 3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Menurut Dr. Ragbi Kaur (2005) terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu susun atur persekitaran fizikal bilik darjah, sosial dan emosi. (i) Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Seseorang guru itu perlu mengamb...
Ciri-Ciri Pelajar Yang Dihasratkan Pada Abad Ke-21 : Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan bersaing dan akan sentiasa ke belakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang. Pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan pada pelajar abad ke-21 ini. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi. Semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook...
Comments
Post a Comment